Rabu, 29 Julai 2009

Makna dan pendekatan sastera Islam

Definisi sastera Islam.

Perbicaraan tentang sastera Islam telah mula dibincangkan dikalamgan sarjana tempatan. Bagaimanapun, perbicaraan mengenai sastera Islam oleh kebanyakan ahli sastera di negara ini sehingga kini tidak menunjukkan perubahan yang besar kehadirannya. Terdapat pelbagai teori Kesusasteraan Islam yang di[perkenalkan oleh di Malaysia seperti Dr. Shafie Abu Bakar dengan Teori Takmilahnya, Mohd. Affandi Hassan dengan Teori Persuratan Baru/Pendekatan Tauhid, Mohd. Yusof Hassan dengan Teori SPB4L, Hashim Awang dengan Teori Pengkaedahan Melayu (yang dikatakan turut mempunyai nilai keislamannya kerana berkait-rapat dengan orang Melayu), serta Mana Sikana dengan Teori Taabudiyyah
Perbincangan awal tentang teori atau pendekatan kesusasteraan islam adalah hadir melalui perdebatan perdebatan hangat antara Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dengan Kassim Ahmad pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an berkenaan dengan konsep kesusasteraan islam. Menurut Shahnon Ahmad, sastera Islam ialah sastera kerana Allah, dan berdakwah untuk manusia. Sementara hasil karya ini dihasilkan oleh orang Islam itu sendiri. Tetapi bagi Kassim Ahmad pula, beliau berpendapat, sastera Islam itu ialah sastera yang menyokong kebaikan, tetapi tidak ditentukan siapa penulisnya. Hal ini bermakna, karya sebegini juga boleh dihasilkan oleh penulis yang bukan Islam pun. Rahman Shaari, telah mendefinisikan sastera Islam sebagai sastera yang mengambil Islam sebagai penyelesai masalah. Hal ini kerana, menurutnya lagi, semua orang ada masalah dalam hidup ini. Maka kerana itu, apa yang berlaku di dalam dunia sastera ini adalah peniruan kepada apa yang berlaku di luar sana.

Menurut beliau lagi, terdapat dua jalur kepengarangan yang berkaitan dengan pengamalan sastera Islam. Jalur pertama ialah dengan mengambil sastera sebagai alat untuk memahami manusia. Hal ini dapat dilihat melalui novel The Outsider karya Albert Camus. Watak utama dalam novel berkenaan jelas membelakangi hal-hal agama sebaliknya hanya bertindak memaparkan sikap atau tingkah-laku manusia sahaja. Hal ini tergambar melalui watak utamanya yang tidak mengambil endah tentang kematian ibunya sendiri, terutamanya sewaktu urusan pengebumiannya. Sementara jalur kedua pula ialah dengan menggunakan sastera untuk betul-betul berdakwah kerana Islam. Hal ini dapat dilihat dalam karya-karya Sasterawan Negara Abdullah Hussin seperti novel Imam, novel-novel Aminah Mokhtar, Faisal Tehrani dan beberapa orang lagi.
Jika diambil pengertian atau definisi umum tentang sastera Islam, iaitu sastera yang menulis tentang kebaikan, di negara kita ternyata bukan sedikit karya sastera yang seperti itu. Baik novel, cerpen, sajak mahupun naskhah drama. Lebih-lebih lagi jika seseorang penulis itu sendiri mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Teori hanya satu garis panduan atau kerangka contoh yang dicipta untuk rujukan semata-mata. Hal ini bermakna, jika seseorang itu menulis dengan berpaksikan kepada teori semata-mata untuk melahirkan sebuah karya sastera Islam, ia masih belum mampu dan memadai untuk melaksanakan konsep dakwah yang sebenar kerana pengarang masih berada di luar jalur pelaksanaannya. Seorang pendakwah, seharusnya berada di dalam, atau dalam bahasa yang paling mudah, beliau sendiri seorang pendakwah sejati, yang menggunakan medium sastera untuk menyampaikan maksud dakwahnya.

Teori Pengkaedahan Melayu merupakan salah satu pendekatan analisis teks yang berasaskan islam yang diperkenalkan oleh Profesor Dr. Hashim Awang, Menurut HashimAwang (2002: 1), ini termasuk ke dalam golongan yang dikenali sebagai grounded theory atau ” teori beralas/ berlandas” yang terbentuk dari hasilpenyelidikan bersifat kualitatif, iaitu di dalamnya terbangun rumusan atau formula yang berupa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori ini dilahirkan dengan bertunjangkan kepada dua dasar pengkaedahanutama, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Denganberpandukan kepada tanggapan terhadap alam melalui perspektif budaya bangsaMelayu dan juga agamanya sendiri, maka pembentukan Pengkaedahan Alamiah dapat diwujudkan dalam tiga rangkaian pendekatan, iaitu Pendekatam Gunaan, Pendekatan Moral dan pendekatan Firasat.Pendekatan Gunaan melihat karya sastera sebagai suatu objek atau benda ciptaan dalam alam yang juga merupakan suatu kejadian yang mempunyai sebab, hikmat, fungsi, tujuan, ukuran dan imbangan. Malah karya sastera yang dicipta oleh pengarang dengan keizinan Allah, paling utama diteliti dari sudut kegunaan ataukemanfaatan penghasilannya yang dapat diberikan kepada pembaca atau masyarakat, baik dilihat pada tahap ekstrinsik mahupun intrinsik. Dengan kata lain,karya sastera dapat ditanggapi sebagai alat yang boleh memberi guna kepadamanusia dan kehidupannya pada kedua-dua peringkat zahir dan batin.Pendekatan Moral pula dikaitkan dengan karya sastera sebagai suatu penciptaan seni yang menyingkapkan dan menyumbangkan pengalaman serta pengetahuan. Pengalaman yang tersingkap adalah pengalaman pengarang yang dirakamkan atau dipaparkan dalam karya sastera, yang terdiri daripada pemerian mengenai pelbagai ragam atau jenis dan perlakuan serta perbuatan manusia yang dapat pula memper-kayakan pengalaman dan juga menjadi cermin perbandingan atau pengibaratankepada pembaca. Tegasnya, dari karya sastera, pembaca bukan sahaja dapat menimba dan memperkayakan pengalaman serta pengetahuan, tetapi juga mengambil contoh tauladan atau kias ibarat untuk memperbaiki serta mempertingkatkan kehidupan.

Pendekatan Firasat ialah pendekatan yang ditunjangi oleh tanggapan bahawakarya sastera merupakan suatu kejadian alam yang merakamkan danmemanifestasikan pengalaman hidup yang penuh dengan daya kemisterian dan keimaginatifan dan dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai bermakna kepadakehidupan. Ia perlu diberi perhatian untuk menemukan makna atau pengertiannya,seperti mentafsir makna mimpi (ta’bir), iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Sastera adalah kejadian alam yang mempunyai makna atau pengertian yang penemuannya itu hanya dapat dilakukan menerusi proses ta’bir atau tafsiran. Pengkaedahan Keagamaan, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan kepadakeimanan yang bersendikan aqidah agama Islam. Pengkaedahan ini wujud berdasarkan kepada agama Islam sebagai agama anutan masyarakat Melayu. Rujukan paling utama adalah Al-Quran dan Hadith. Dari pengkaedahan ini maka wujudnya tiga pendekatan, iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni. Dalam Pendekatan Dakwah, melihat karya sastera sebagai suatu wadah atau sarana untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera ditanggapi sebagai mengandungi persoalan-persoalan yang memaparkanpengisahan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah sehingga ia dapat dijadikan semacam ’kitab’ yang darinya pembaca dapat mengenali dan menghayatidengan lebih dekat dan khusyuk tentang diri dan sifat Allah yang demikian bertujuan menambahkan dan mempertingkatkan rasa kecintaan dan kehormatanmanusia yang lebih besar dan suci terhadap-Nya. Pendekatan Kemasyarakatan pula melihat karya sastera sebagai wadah tempat pendedahan segala macam persoalan yang berakarkan kepada tujuan-tujuanmemberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Sebagai suatu hasil seni yang mengutamakan keintelektualan dankeindahan, karya sastera dalam konteks ini bersesuaian untuk mendedahkan denganberani, jelas dan benar permasalahan-permasalahan tentang kemungkaran,ketidakadilan, kepura-puraan, kerasuahan, penipuan dan penindasan, iaitu permasalahan-permasalahan yang dianggap sebagai punca kepada berlakunya

kepincangan masyarakat dan keruntuhan iman umat Islam. Pendekatan Seni pula pendekatan yang memberi penumpuan kepada aspek-aspek keindahan dalam karya sastera, iaitu keindahan yang membataskan dirinya kepada nilai-nilai etika yang tunduk kepada akidah dan ajaran suci Islam. Dilihat dalam ajaran dan amalannya, Islam memang mengutamakan kebenaran dan keindahan. Penghasilan karya sastera juga merupakan suatu amalan yang turut dituntut supaya membentuknya dalam acuan yang ada keteraturan dan keindahan, terutamanya keindahan yang memiliki nilai-nilai makna dan hikmah seperti yangterdapat pada keindahan alam semesta dari ciptaan Allah

Rabu, 22 Julai 2009

Teori Semiotik

“Semiotics is the theory and analysis of signs and significations. A semiotician like the early Barthes sees social and cultural life in terms of signification, and therefor in terms of the non-essential nature of objects.... Semiotics also studies the way that signs signify – in the conventional literaty texts and legal documents, or in advertisements and bodily conducts.” - John Lechte (1994: 121)

Bahasa merupakan alat komunikasi yang terpenting dalam kehidupan manusia. Kata-kata yang dibentuk dalam bahasa diungkap melalui satu sistem perlambangan yang dapat difahami secara lisan mahupun tulisan. Kesemua ini terungkap dalam perututuran, gerak laku mahupun perbuatan. Kadang-kala, lambang-lambang yang digunakan dalam bahasa agak sukar difahami sehingga ianya memerlukan satu bentuk kajian melalui disiplin yang tertentu. Maka, disiplin inilah yang diterapkan melalui pendekatan semiotik. Ia adalah disiplin yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa bidang ilmu lain termasuk antropologi, lingusitik, psikologi, sosiologi dan beberapa lagi. Semiotik kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk kajian yang bersifat saintifik.

Teori semiotik adalah di antara teori kritikan pascamoden yang penting dan banyak digunakan kini. Ia memahami karya sastera melalui tanda-tanda atau perlambangan-perlambangan yang ditemui di dalam teks. Teori ini berpendapat bahawa dalam sesebuah teks itu terdapat banyak tanda dan pembaca atau penganalisis harus memahami apa yang dimaksudkan dengan tanda-tanda tersebut.

Sejarahnya
Semiotik adalah sains yang mengkaji sistem perlambangan yang telah bermula sejak zaman Greek lagi, iaitu; zaman Plato dan Aristotle. Kedua-dua tokoh tersebut telah memulakan sebuah teori bahasa dan makna. Namun tidak lama selepas itu, teori ini dirasakan tidak wajar, lalu kegunaan dan keunggulannya mula menjadi lemah.

Namun, pada abad ke 17, pendekatan semiotik mula mendapat perhatian John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris untuk menjelaskan doktrin perlambangan ketika itu. Kali ini, kemunculan pendekatan semiotik beransur-ansur mendapat perhatian sehingga ia mula mendapat tempat di kalangan tokoh-tokoh yang terkemuka seperti Ferdinand de Saussure, seorang ahli linguistik Eropah dan Charles Sander Pierce, seorang ahli falsafah Amerika pada abad ke 19. Kedua-dua mereka telah merintis jalan bagi mengkaji dan menilai kesusasteraan melalui pendekatan semiotik.

Oleh kerana semiotik merupakan gabungan daripada disiplin-disiplin lain, telah ada usaha dari Saussure untuk memantapkan kedudukannya agar dapat mandiri dan berdiri sebagai satu disiplin yang autonomous. Sedikit demi sedikit, semiologi mula mendapat tempat melalui tulisan-tulisan Roland Barthes. Ia tidak lagi dilihat sebagai sebuah teori yang bersifat daerah yang hanya dibataskan kegunaannya untuk kajian bahasa dalam kesusasteraan sahaja. Malah, ia dapat diaplikasikan dalam semua persoalan hidup yang penuh dengan lambang dan perlambangan.

Maka Barthes telah berjaya memperluaskan skop serta peranan semiotik dengan mengaitkannya dengan bahasa dan kesusasteraan. Menurut Barthes, bahasa berpengaruh dalam semua aspek kehidupan dan ia boleh ditinjau melalui karya-karya yang terhasil. Karya merupakan cerminan realiti sebenar yang diungkap dalam bentuk tulisan.

Selain Barthes, semiotik merupakan satu bidang yang telah memikat ramai tokoh-tokoh serta ahli falsafah seperti Umberto Eco, Algirdas Julien Greimas, Louis Hjelmslev, Julia Kristeva, Charles Sander Pierce dan Tzvetan Todorov. Tokoh-tokoh tersebut menggunakan pendekatan semiotik untuk mengkaji karya dari berbagai aspek, iaitu daripada aspek perlambangan, imejan, ekspresi hinggalah ke aspek hermeneutik. Dari itu, dapat dilihat bahawa pendekatan semiotik telah mendapat tempat dalam kajian-kajian yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tersebut sehingga kekuatannya terbukti apabila ia dapat digunakan secara meluas di kalangan para pengkaji.

Konsep Teori
Semieon adalah istilah yang digunakan oleh orang Greek untuk merujuk kepada sains yang mengkaji sistem perlambangan atau sistem tanda dalam kehidupan manusia. Daripada akar kata inilah terbentuknya istilah semiotik, iaitu kajian sastera yang bersifat saintifik yang meneliti sistem perlambangan yang berhubung dengan tanggapan dalam karya. Menurut Mana Sikana (1985: 175), pendekatan semiotik melihat karya sastera sebagai satu sistem yang mempunyai hubungan dengan teknik dan mekanisme penciptaan sesebuah karya Ia juga memberi tumpuan kepada penelitian dari sudut ekspresi dan komunikasi.
Semiotik adalah sebuah disiplin ilmu sains umum yang mengkaji sistem perlambangan di setiap bidang kehidupan. Ia bukan sahaja merangkumi sistem bahasa, tetapi juga merangkumi lukisan, ukiran, fotografi mahupun pementasan drama atau wayang gambar. Ia wujud sebagai teori membaca dan menilai karya dan merupakan satu displin yang bukan sempit keupayaannya. Justeru itu ia boleh dimandatkan ke dalam pelbagai bidang ilmu dan boleh dijadikan asas kajian sebuatu kebudayaan. Oleh kerana sosiologi dan linguistik merupakan bidang kajian yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain, semiotik yang mengkaji sistem tanda dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana yang mencerminkan budaya dan pemikiran. Justeru, yang menjadi perhatian semiotik adalah mengkaji dan mencari tanda-tanda dalam wacana serta menerangkan maksud daripada tanda-tanda tersebut dan mencari hubungannya dengan ciri-ciri tanda itu untuk mendapatkan makna signifikasinya. Ini dapat dijelaskan menerusi rajah berikut:

Rajah 1
Tanda
(Sign)

Penanda (Signifier)

Petanda
(Signified Meaning)


7.3 Teori Kajian
Semiotik boleh berhadapan dengan apa jua genre. Ia berkebolehan untuk memberikan penilaian yang adil dan saksama. Teori Semiotik beranggapan bahawa sesebuah karya itu mempunyai sistemnya yang tersendiri, di mana, ia dapat diperlihatkan melalui sistem tanda dan kod yang terjelma di dalamnya. Oleh yang demikian, proses penciptaan yang melahirkan sistem karya itu juga menjadi penelitian. Ini termasuk sistem di luar karya yang dibawa masuk ke dalam karya; atau lebih tepat lagi kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan tersebut.

Terdapat beberapa pengertian asas tentang perlambangan yang dikemukakan di kalangan ahli tokoh-tokoh semiotik terutama dalam bidang linguistik dan kesusasteraan umum. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, teori semiotik ini sangat luas dan dipelopori oleh beberapa tokoh dengan skop yang berbeza-beza. Maka, dalam pengkajian ini, teori semiotik yang dipelopori oleh Pierce akan digunakan. Dengan itu, prinsip-prinsip yang seperti ikon, indeks dan simbol turut digunakan dalam kajian ini.

Prinsip
Pendekatan semiotik memerlukan penganalisis mencari penggunaan tanda-tanda dalam sesebuah karya. Tanda-tanda tersebut diungkap melalui penanda, mengikut paradoks dan kontradisksi penggunaan stail dan mekanisme penciptaan sesebuah karya yang dikuasai oleh pengarang. Maka, penganalisis menggunakan semiotik untuk memberikan makna bagi tanda-tanda dalam teks yang dikaji.

Semiotik melihat karya dalam perspektif yang lebih luas. Prinsip kedua daripada pendekatan semiotik menuntut penganalisis memperhatikan hubungan sistem sesebuah teks yang dikaji dengan sistem yang ada di luar teks tersebut; iaitu segala perkara yang membawa kepada lahirnya teks tersebut. Ini merangkumi sistem hidup dan kebudayaan masyarakat yang menjadi sumber inspirasi penghasilan teks yang dikaji.

Segala ungkapan atau tanda-tanda yang dicerakinkan dari dalam teks memainkan peranan yang penting bagi kewujudan satu bentuk sistem dalam pembinaan teks tersebut. Maka, prinsip ketiga dalam pendekatan semiotik memberi penghargaan terhadap pengarang dan keperangannya. Ini menjelaskan bahawa terdapat sebab bagi penggunaan setiap ungkapan yang dihasilkan dalam teks kerana segalanya mempunyai pengertiannya yang tersendiri.

Kaedah Aplikasi
Sebagaimana yang telah dijelaskan, kajian ini akan didasari oleh teori semiotik yang dipelopori oleh Charles Sander Pierce. Pengkaji menganalisis teks dengan mencari dan menilai tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks dan simbol. Ikon merujuk kepada tanda-tanda yang menjadi bebayang, yang mirip mahupun yang menerupai sesuatu benda atau perkara. Indeks pula merujuk kepada tanda-tanda yang terhasil daripada sesuatu fenomena, simptom ataupun sesuatu perkara yang bersebab. Manakala, simbol pula merujuk kepada perlambangan yang sedia difahami dan membawa pengertian.

Teori Strukturalisme

Strukturalisme

Salah satu cara bagi memahami pendekatan Strukturalism dengan cara memahami konsep ‘Struktur’. Tanpa memahami konsep asas asas, ia akan menyukarkan untuk memahami pergerakan intelektual yang dirujuk sebagai intelektual secara tradisonalnya.

Secara tradisionalnya, wujud masalah memahami sesuatu benda secara nyata. Perkataan ini merujuk satu situasi seperti bangunan, dimana ia wujud secara fizikal. Dengan kata lain, Struktur didalam struktural adalah sesuatu benda yang tidak nyata atau bersifat fizikal. Struktur merujuk kepada model pemikiran yang terbina sekepas ia menjadi realiti. Model ini tidak bersifat keterlaluan tetapi menuntut pemahaman yang tersembunyi atau secara lebih mendalam tentang sesuatu permasalahan. Merujuk kepada pendekatan strukturalisme membantu memahami atau memudahkan sesorang memahami sesutu pekara dengan lebih jelas atau strukturalis

Aspek yang paling sukar berkaitan strukturalisme ia tidak berlandaskan situasi yang konkit atau situasi fizikal seperti secara biologi atau sains., tetapi berlandaskan realiti budaya sebagai organisasi yang berkaitan atau cerita. Realiti budaya dapat mejelaskan sesuatu pemikiran secara struktur. Model strukural oleh strukturalis hanya wujud dalam pemikiran manusia tetapi bukan secara semulajadi.contoh aliran Marxis. Terdapat banyak Strukturalis seperti Ferdinand de Saussure, Roland Barthes, Michel Foucault, Jacques Lacan dan Lévi-Strauss. Terdapat pelbagai kemungkinan yang menuntut kepentingan sosial dan atau teori psikologi dan sifat – sifat kebiasaan sains trukturalis membina model psikologikal otau realiti sosial.Lebih tepat lagi seperti yang dilakukan oleh Sigmmund Freud dan Karl Marx. Kesemuanya terdapat perbezaan yang boleh dipanggil permukaan ( kesedaran, superstruktur) struktur dan dalam ( bawah kesedaran, infrastruktur) struktur. Dakwaan strukturalis untuk memahami struktur permukaan satu cara pemahaman struktur dalaman, dan bagaimana ia mempengaruhi struktur permukaan. Lebih tepat, semua Srukturalis lebih mengetahui tentang pengaruh Lévi-Strauss. Strukturalisme , bagaimanapun tidak seragam sekolah atau metodologi. Lévi-Strauss tidak memonopoli pendidikan struktural di dalam antropologi atau displin yang lain. Tambahan lagi kerja – kerja yang dilakukan oleh Strukturalis telah merebak, berbeza-beza dan sukar. Bagaimanapun disebabkan pengaruh Lévi-Strauss yang cemerlang, contoh pendekatan Strukturalis. Didalam antropologi yang menggunakan konsep ‘struktur’ sebelum Lévi-Strauss seperti R. Radcliffe-Brown, George Peter Murdock, dan ramai lagi yang menggunakan cara yang berlainan.Bagimanapun, perlu diingat pengaruh Lévi-Strauss didalam pelbagai bidang dan bukan saja berpengaruh dalam bidan antropologi tetapi lingusitik, geologi dan sebagainya. Lévi-Strauss membentuk arah atau corak pemikiran antropologi dalam pekerjaannya. Aspek utama Lévi-Strauss dapat diringkaskan dibawa tiga kategori utama iaitu ( 1 ) Perkaitan teori, ( 2 ) proses pmikiran manusia, dan ( 3 ) analisis struktural tradisonal.

( 1 ) Perkaitan Teori. Teori Lévi-Strauss menyumbang antropologi sosial yang banyak signifikan yang dikenali sebagai ‘alliance theory’. Perkaitan teori yang lebih menekankan masyarakat yang bertentangan ………….pada dasarnya, sepatutnya pertukaran wanita antara kumpulan yang berkaitan dengan lelaki memberikan melahirkan perpaduan sosial yang baik, dan keputusan kepaduan peluang yang lebih baik ke arah survival untuk semua ahli timbul akibat kumpulan yang rapat. Lévi-Strauss mendakwa perkahwinan yang dikawal melalui preskripsi dan lebih menyukai berbanding pengharaman perkahwinan yang dibuat secara ‘pertukaran’di dalam kesatuan wanita yang ringkas. Pertukaran ini disertai dengan pertukaran hadiah, memastikan kerjasama ahli dalam kumpulan.

Lévi-Strauss menganalisis sumbang muhrim dengan menabjubkan.Baginya, kaitan antara semulajadi dan kebudayaan manusia datang dari yang pengharaman secara universal. Sumbang muhrim merupakan antara kecenderungan dalam diri dan perbuatan budaya sebagai elemen kawalan tingkahlaku manusia. Seks dan yang lain nya sebagai panduan budaya; lelaki akan menjadi satu entiti budaya.

(2) Proses pemikiran manusia ; merupakan satu proses fungsi pemikiran . Lévi-Strauss mendakwa manifestasi mungkin sangat berbeza , proses pemikiran manusia sama dengan semua budaya. Keputusan kesepaduan proses pemikiran manusia dari biologi otak manusia dan caranya dilakukan. Sebagai keputusan kesepaduan contohnya pengelasan alam semesta oleh ‘manusia primitif’mempunyai asas persamaan apabila dilakukan oleh mana – mna kumpulan berdasarkan kepada contoh. Secara faktanya, model ini timbul akibat pengelasan yang berbeza yng tidak mempunyai perkaitan dengannnya. Analisis mitos Lévi-Strauss juga berdasarkan kesepaduan pemikiran manusia.

( 3 ) Analisis struktural mitos : Minat Lévi-Strauss selari dengan proses pemikiran. Percubaan Lévi-Strauss menemui ketetapan secara tanpa sedar pemikiran manusia.Penggunaan model srukturalis mitos membenarkan untuk mengurangkan bahan kajian bagi memudahkan tingkat pengurusan. Cara begini paling menonjol kerana dapat dilaksanakan dengan jaya berdasarkan konsep dibawah iaitu; a ) permukaan b ) dwi budaya/semulajadi yang bertentangan, dan c ) pengantaraan

a ) Permukaan dan Struktur Dalaman : Untuk menemui model / struktur mitos mesti menyelongkar struktur dalaman mitos. Struktur permukaan memberikan kita naratif, struktur dalaman menjelaskan mitos. Penemuan ini memberikan kesempurnaan utama dwi pertentangan dalam struktur dalaman.

b ) Dwi pertentangan : Terdapat alam dan alam semulajadi di dalam pemikiran manusia. Mereka sebegitu , siang dan malam, kiri dan kanan atau semulajadi atau budaya. Semulajadi atau budaya selalu berfungsi sebagai dwi pertentangan cerita. Bagaimanapun ia bergantung kepada cerita atau mitos pertukaran dwi pertentangan. Sebagai contoh, dwi pertentangan kehidupan dan kematian menjelaskan tentang ‘ Sleeping Beauty’ Disini struktur dalaman sebuah cerita mencadangkan apabila 13 pari- pari mengisytiharkan Sleeping Beauty telah mati pada usia 15 tahun. Kehidupan dan kematian yang bertentangan merupakan dua kedudukan yang berbeza. Penyelesaian antara masalah ni amat perlu.

c ) Pengantaraan : Dwi pertentangan membolehkan perngantaraan menemui cara penyelesaian yang bertentangan antara dua. Pengantaraan budaya/alam antara dua pertentangan budaya yang merentas alam. Dalam kes Sleeping Beauty pengataraan alam berbeza sama sekali tetapi terbenam dalam hal yang berkaitan subject. Disini pertentangan kehidupan dan kematian berdasarkan pengataraan tindakan 12 pari-fari. Kematian ialah pertukaran tidur selama 100 tahun.

Didalam Sleeping Beauty atau sebarang mitos dalam struktur dalaman naratif dianalisis melalui penemuan dua pertentangan dan kesepaduan pengantaraan. Proses ini mungkin dicipta sendiri oleh dwi pertentangan baru dalam sesebuah cerita berdasarkan keperluan berikut sehingga sampai ke akhir pengantaraan cerita.

Strukturalisme merupakan pergerakkan intelektual berdasarkan berdasarkan pengurangan material dalam model merujuk sebagai struktur. Asas strukturalisme memahami struktur yang tidak bersifat nyata merupakan manifestasi realiti; tetapi model kognitif ialah realiti. Lévi-Strauss menekankan semua kebudayaan bukan hanya kefahaman sarjana diseluruh alam semesta sebagai model, tetapi manusia yang memahami dunia berdasarkan pemikiran struktur

Jumaat, 3 Julai 2009

Novel Perempuan Poltikus Melayu ,Antara Politik dengan Pelacur

Novel Perempuan Poltikus Melayu ,
Antara pemimpin Politik dengan Pelacur
Karya Faisal Tehrani , 2000
Kajian teks komentar Sohaimi Abdul Hasil terhadap penulisan Faisal Tehrani, 2000

Pendahuluan
Pada permulaan bab , Penulis telah membuka minda pembaca untuk memahami bebarapa genre penulisan dewasa ini. Penulis telah mengetuk memori pembaca tentang aliran novel dari peringkat awal seawal abad ke 17 sehingga abad 21.Penulis juga turut menyorot maksud dan tujuan penulisan novel yang pelbagai. Novel merupakan salah satu genre sastera yang popular seperti puisi dan drama yang memberikan pengalaman baru kepada pembaca menjadi lebih sensitif dan bijaksana dalam menanggapi kehidupan dalam sesebuah novel. Melalui buku ini , pengarang telah mendedahkan pemimpin yang rakus terhadap kuasa dan mengabaikan amanah yang dipikul bersama kuasa politik yang diperolehi.

Sinopsis.
Sohaimi Abdul Aziz telah memilih karya Perempuan Politikus Melayu Karya Faisal Tehrani dengan menumpukan kritikan terhadap permasalahan moral Antara Pemimpin Politik dengan Pelacur. Perempuan Politikus Melayu adalah merupakan sebuah novel yang memaparkan tentang keruntuhan moral di kalangan pemimpin politik dewasa ini. Pemimpin politik yang menggunakan kedudukan sebagai pembuat dasar bagi mengaut kekayaan, penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat.

Novel Perempuan dan Politus Melayu memaparkan persoalan politik orang Melayu. Datuk Zuri merupakan wakil rakyat Kawasan Jentayu dari parti Popular yang disenangi oleh pemimpin parti politik di peringkat atasan, berpengaruh, pintar dan licik dalam berpolitik menyebabkannya sukar dijatuhkan oleh lawan politik dalam parti iaitu Datok Yadi. Kedua – dua pemimpin ini menjadikan akhbar Detik sebagai wadah politik bagi meninggikan imej di mata masyarakat. Datuk Husam yang baru dilantik sebagai ketua pengarang bertekad mahu mengambil kesempatan ini bagi mengaut kekayaan dengan mengabaikan peranan akhbar dan etika kewartawanan. Tempiasnya turut dirasakan oleh wartawan akhbar Detik seperti Irfan dan Sulap menyebabkan mereka berada dalam dilemma. Datuk Zuri dan Datok Yadi telah menjadikan Sulap dan Irfan sebagai alat parti politik sehinggakan bilik berita Akhbar Detik menjadi bilik gerakan parti.

Datuk Zuri telah menggunakan kedudukan politik sebagai salah seorang ahli parlimen untuk mengaut kekayaan peribadi tanpa mempedulikan hak orang lain. Datuk Zuri telah menggunakan syarikatnya Read Jentayu Corporation untuk memajukan sebuah Kondominium dan Padang Golf di Kampung Gunung Jentayu. Projek pembangunan yang dicadangkan oleh Datuk Zuri menerima tentangan penduduk kampung . Penduduk kampung terpaksa menyerahkan tanah sawah mereka untuk dimajukan dengan bayaran pampasan yang rendah menyebabkan penduduk kampung tidak berpuas hati. Penduduk yang menentang akan ditangkap dan disumbat ke lokap .

Kebejatan moral dikalangan ahli politik turut dipaparkan apabila Datuk Zuri mempunyai seorang perempuan simpanan yang juga pelacur kelas atasan. Pengambilan tanah oleh Datuk Zuri tidak menyenangkan penduduk kampung seperti Johara , Haji Chenon dan Jenny sendiri. Penentangan Jenny terhadap Datuk Zuri menimbulkan peraasaan tidak senang di hatinya. Bagi memastikan rahsianya tidak terbongkar , Datuk Zuri mengupah dan menyuruh kuncu- kuncunya membunuh Jenny. Peluang ini telah diambil oleh musuh politiknya Datuk Yadi menyebabkannya terpaksa meletak jawatan dalam parti. Kedudukan Datuk Zuri di luar parti tidak lama apabila ia dibawa masuk kembali oleh pemimpin parti politik tertinggi dan diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya. Keberkesanan strategi politik yang baik menyebabkan Datuk Zuri menjalankan pembersihan dengan memecat pengarang akhbar yang tidak sebulu dengan restu pemimpin atasan. Datuk Zuri terpaksa menggunakan banyak wang bagi memastikan kelangsungan politiknya.

Skandal politik Datuk Zuhri tidak terhad dengan Jenny sahaja tetapi melibatkan ChinYing salah seorang wartawan akhbar Detik. Chin Ying telah dirogol. Bagi memastikan karier politinya terus bernafas , beliau telah mengugut dan memberikan pampasan sebanyak RM 20 juta kepada Chin Ying bagi menutup mulut. Kejadian ini tidak dilaporkan kepada polis kerana mendakwa polis berada dibawah kekuasaanya.

Kezaliman pemimpin terhadap golongan bawahan menyebabkan wujud penentangan. Penentangan masyarakat terhadap Datuk Zuri melibatkan penduduk Kampung Jentayu yang tidak berpuashati dengan bayaran pampasan tanah sawah yang rendah, Haji Chenon dan penduduk kampung yang lain telah menghalang jentera pembinaan dan akhirnya disumbat ke lokap. Kematian Suami Johara yang dirancang oleh Datuk Zuri diberikan pampasan yang rendah sebanyak RM 5000.00 menyebabkannya terpaksa menghantar ke dua orang anaknya ke rumah anak yatim kerana tidak mampu menyara hidup setelah tanah mereka dirampas oleh Datuk Zuri. Bebanan perasaan telah meragut nyawa Mak Limah. Bagi Haji Chenon, beliau tidak menolak pembangunan asalkan rakyat diberikan pembelaan dan pampasan yang setimpal.

Kerakusan Datok Zuri dalam berpolitik dan mengautkan kekayaan disamakan sebagai pelacur oleh Jenny berdasarkan perbualan dengan Sulap. Walaupun penuh dengan masalah moral tetapi ia tetap di pilih sebagai salah seorang pemimpin parti.

Kelebihan dan keburukan
Berdasarkan novel , Perempuan Politikus Melayu ; antara pemimpin politik dan pelacur karya Faisal Tehrani yang telah dikritik oleh Sohaimi Abdul Aziz berjaya menyelongkar dan mendedahkan beberapa kelemahan dalam masyarakat seperti;
Pengarang telah berjaya memaparkan tentang penyalahgunaan kuasa dalam politik . Pengarang telah mengambarkan watak Datuk Zuri seorang yang Korupsi dengan merasuah Chin Ying sebanyak RM 50 Juta bagi menutup skandal seksnya, menggunakan wang bagi mendapatkan ruang dalam akhbar Detik , meyogok polis bagi memastikan cita – cita politiknya tercapai.

Novel ini juga turut memaparkan tentang persoalan moral masyarakat yang tiada kesudahan. Masalah pelacuran di kalangan rakyat dan didokongi oleh pemimpin politik menyebabkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah tidak berkesan. Jenny yang menjadi perempuan simpanan Datuk Zuri dan pelacur kelas atasan.

Kegagalan pemimpin dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Datuk Zuri seorang ahli politik yang dipilih mewakili masyarakat di Parlimen Jentayu. Sebagai ahli parlimen di kawasan tersebut, sepatutnya menjaga kepentingan penduduk bukan menganiaya dan merampas kehidupan mereka.(Abdullah Sanusi Ahmad ,1978 )

Budaya masyarakat Melayu dan Malaysia amnya yang mudah memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin. Mereka hanya perlu meletakan jawatan dalam tempoh masa tertentu , apabila keadaan menjadi reda, ia boleh kembali bergiat aktif dalam politik.

Politik wang dalam politik kepartian telah mendarah daging dikalangan pemimpin politik. Seringkali dalam sesuatu pemilihan atau persidangan kegiatan pembelian undi , sogok menyogok menjadi satu budaya dan wujud suasana saling menjatuhkan.( Noor Azam , 1970 )

Faisal Tehrani melalui novel ini berjaya memaparkan kelemahan penguatkuasaan undang – undang. Tugas polis sebagai penguatkuasa dan menjaga keamanan seringkali diperalatkan dan berada dibawah kekuasaan ahli politik. Datuk Zuri memberitahu Chin Ying agar tidak membuat laporan polis kerana merogolnya kerana sia – sia saja. Selain itu pemeras dan penzalim dilepaskan manakala yang mempertahankan hak ditangkap dan disumbatkan ke dalam lokap.Tindakan Datuk Zuri telah melahirkan prasangka yang buruk dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.( Chew Hock Thye ,1979 )

Nyawa adalah murah bagi golongan hartawan. Pampasan bagi nyawa golongan bawahan sebanyak RM5000.00 saja sedangkan kesengsaraan yang dialami oleh keluarga tersebut bukan sedikit kesannya.

Peranan penulis atau wartawan hendaklah bertindak dengan bijak , jujur bertanggongjawab melapurkan kebenaran yang melibatkan kepentingan bangsa tanpa bersikap bias dalam sesuatu isu. ( Abdullah Tahir , Jpm ,1984 )

Faedah kepada pengkaji.
Pengkaji telah didedahkan tentang persoalan dan gejolak politik negara pada masa ini. Penyalahgunaan kuasa, kegiatan mengaut kekayaan untuk kepentingan peribadi, rasuah di kalangan pemimpin atasan, pembunuhan politik dan penindasan ke atas rakyat atas nama pembangunan mengambarkan keperibadian dan kedudukan seorang ahli politik yang begitu rendah moralnya berbanding seorang pelacur.

Kesimpulan
Sohaimi Abdul Aziz telah berjaya menyoroti minda penulis Perempuan Politikus Melayu dengan baik.Garapan dan permainan bahasa yang dilontarkan oleh Faisal Tehrani melalui perbualan watak- watak telah berjaya mengkritik golongan politik yang tidak bertanggungjawab dan amanah. Kebijaksanaan pengarang dalam mengolah novel ini dengan menggunakan bahasa yang lunak dan tersendiri menjadikan ia lebih menarik dan segar dalam membongkarkan permasalahan salahlaku golongan politik.


Bibliografi
Abdullh Tahir , Orang Melayu Dengan Cabaran Masa Kini ,JPM Universiti Malaya , Kuala Lumpur. 1984.
Abdullah Sanusi Ahmad , Kerajaan Pentadbiran Dan Rakyat ,DBP , Kuala Lumpur , 1978
E. M Forster , Aspek – Aspek Novel , DBP , Kuala Lumpur , 1979.
Gurmit Singh K.S, Rakyat Malaysia Ketahuilah Hak Anda, Fajar Bakti, Petaling Jaya,1989.Noor Azam , Persfektif , DBP , Kuala Lumpur

Kegelisahan Jiwa Manusia Dalam Cerpen Shahnon Ahmad

Perbincangan jurnal yang dihasilkan oleh Mohd Yusof Hassan.

Sinopsis Jurnal

Mohd Yusof Hasan melalui jurnal ini telah membicarakan tentang kegelisahan jiwa Shahnon Ahmad yang dipaparkan melalui novel dan cerpen tulisannya. Penulisan Shahnon Ahmad bermula selepas terlibat dalam penterjemahan cerpen – cerpen antarabangsa. Beliau telah menulis cerpen yang berkaitan dengan kritikan sosial yang berkaitan dengan soal seks, kepura- puraan, kedesaan, kelucuan dan sebagainya.

Menurut Mohd Yusof Hasan kegelisahan jiwa Shahnon Ahmad telah dipaparkan lewat penulisan cerpen awalnya seperti Ayam dan Manusia, Malam Begitu Indah , Guntur , Dunia Tuhan Yang Indah , Catatanku dan Ombak Kecil Berkocak. Melalui cerpen awal ini ia memaparkan tentang masalah moral seperti meniduri isteri orang , pelacuran , penyakit kelamin , homoseksual dan hubungan seks luar nikah.

Shahnon Ahmad telah mengupas sikap masyarakat kampung yang lekas marah ‘Gelungnya Terpokah’ , kemiskinan dan kemunduran masyarakat kampung yang terpinggir dari arus kemodenan ‘Pak Utih’ dan kehidupan masyarakat kota yang mempunyai kehidupan yang suka berpura – pura ‘Bung Besar Punya Pasal ’ dan ‘Jangan Beritahu Orang Lain ’

Penelanjangan Sikap dan kejiwaan manusia telah dipaparkan oleh Shahnon Ahmad di semua peringkat umur iaitu kanak – kanak , dewasa dan tua . Pemaparan Kejiwaan Shahnon melalui novel dan cerpen dapat dilihat melalui watak anak seperti Montel melalui cerpen ‘Lagu KitKitKit’ yang tidak menghiraukan kedatangan orang yang datang menengok Ibunya yang sakit dan gembira apabila ubun-ubun rambutnya diusap dan dijamah pengunjung sehingga maut menjemput Ibunya. Kegelisahan jiwa dewasa dikisahkan melalui watak Shahnon Ahmad sendiri yang dilambangkan melalui watak seorang pemimpin yang kegelisahan apabila berhadapan dengan masyarakat. Kegelisahan orang tua juga diutarakan dalam cerpennya melalui watak seorang pengemis tua yang terpaksa menghadapi cabaran hidup melalui cerpen ‘Pinang nan sebatang’. ‘Mimpi di Carrol Street’ juga memaparkan tentang kenangan dan kerinduan penulis terhadap kampung halaman, ibubapa, keluarga dan orang kampung semasa berada di Australia. Kerinduan terhadap kampung dan keluarganya terbawa – bawa kedalam mimpi beliau. ‘Mimpi di Carrol Street’ telah menceritakan tentang perbezaan budaya dan nilai – nilai masyarakat Australia dan Melayu .

Berdasarkan peristiwa Piihanraya 10 Mei 1969 dan peristiwa 13 Mei 1969 , ‘Salam Keluarga’ mengisahkan tentang tanggongjawab masyarakat dalam memilih pemimpin negara . Tanggungjawab ini digambarkan melaui watak ibunya yang membuang undi manakala bapanya menjaga ternakan lembu di kampung. Shahnon Ahmad juga mempersoalkan tentang peranan pemimpin dalam memajukan masyarakat selepas 12 tahun kemerdekaan, program membasmi kemiskinan dan masalah perpaduan antara kaum sehingga berlaku rusuhan kaum pada tahun tersebut.

‘Kalau Ibu Sampai Takah Tiga’ merupakan pesanan Shahnon Ahmad melalui suratnya kepada adiknya di kampung. Kegelisahan dan dan kerinduan yang mendesak – desak terhadap kesihatan ibunya yang sudah tua. Shahnon mengambil sikap menyerah dan bertawakal kepada Allah. Pesanan Shahnon kepada adiknya supaya menjaga dan menguruskan segala pekara yang berkaitan penjagaan ibunya, makan minum, rawatan, pengebumian, kenduri kendara ,tahlil dan sebagainya. Dalam cerpen ini Shahnon juga melemparkan pandangan sinis terhadap masyarakat kampungnya.

Semasa berada di Australia ,Shahnon Ahmad tidak terlepas dari kerinduan terhadap keluarga, Ibubapa, Pak Long, Mak Long, Pak Lang, Mak Lang dan lain - lain. Kerinduan ini semakin membuak – buak di masa perayaan. Shahnon menyambut Hari Raya bersama lima orang anak dan isteri melalui ‘Igau’

Manakala novel ‘Tak Keruan’ mempersoalkan tentang kewujudan manusia, penderitaan, kehidupan dan pengakhiran ( Kematian ). Novel ‘Tak Keruan’ menyinggung tentang pertentangan pendapat dalam menentukan sesuatu perkara ‘tidak ada’ atau ‘ada’ di kalangan dewasa dan kanak-kanak.

Melalui monolog dalaman, kegelisahan jiwa seorang pemimpin politik telah ditelanjangi rahsia oleh Shahnon melalui cerpen ‘Kalbu’. Cerpen ini menceritakan tentang Sdr. T yang merupakan seorang pemimpin politik yang hidup dengan menipu rakyat, berpura – pura, kotor, jijik dan selalu berdampingan dengan Selir, Iblis , Syaitan dan sebagainya. Kegelisahan pemimpin dalam memenuhi tuntutan rakyat yang selalu meminta keikhlasan dan kejujuran darinya yang bersifat munafik dan menimbulkan perasaan bersalah di dalam diri sehingga membawa kejatuhannya sebagai seorang ahli politik.

Pergolakan jiwa warga tua seorang Pengemis iaitu Wak Da telah dibincangkan oleh Shahnon melalui cerpen ‘Pinang nan sebatang’. Wak Da telah di cabar oleh kanak-kanak untuk menyeberangi sebatang titi. Berdasarkan cerpen ini, Wak Da merupakan satu lambang masyarakat yang mempunyai keazaman, keupayaan dan kegigihan hidup untuk mencapai kejayaan.

Shahnon juga menyoroti kegelisahan ‘Perempuan’. Siti terpaksa menerima segala aturan hidup yang telah ditetapkan oleh ibubapanya termasuk hal berkaitan memilih pasangan hidup. Siti telah dijodohkan dengan Haji Rahmat yang lama berada di Mekah . Cerpen ini memaparkan tentang pertentangan nilai antara dua generasi. Pemberontakan jiwa Siti dihamburkan terhadap kucing kesayanganya yang dilemparkan ke tunggul pokok ciku, ikatan kain dilontarkan ke sarang labah – labah dan sebagainya. Novel ini turut menyoroti persoalan taat pada orang tua , kebebasan wanita dan keagamaan .

Berlainan dengan ‘Perempuan’ , cerpen ‘A1’ memaparkan tentang keruntuhan moral anak muda yang berada di luar negara. A1 yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia , di Australia asyik masyuk dengan perempuan, majlis Cocktail, hotel, bar dan sebagainya. A1 seorang lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai isteri tetapi masih bertindak lepas besar tanpa memperdulikan keluarga dan mencemuh masyarakat bawahan tanpa memperdulikan hidup matinya.

Secara amnya Mohd Yusof Hasan telah berjaya menyelongkar kegelisahan Shahnon Ahmad melalui novel dan cerpennya. Menurutnya kegelisahan jiwa Shanon dipaparkan melalui perwatakan yang difokuskan kepada watak utama dalam tempoh masa yang pendek. Tema dan persoalan yang dibawa benar – benar memaparkan kegelisahan kehidupan, impian, angan – angan dan manusia yang terpaksa berdepan dengan penderitaan diri , masyarakat , alam dan Tuhan.

Kelebihan dan kekurangan

Berdasarkan jurnal ini, Mohd Yusof Hasan telah berjaya menyelongkar persoalan jiwa yang ingin disampaikan oleh Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad telah menggunakan cerpen dan novel sebagai perantaraan dalam menyampaikan kritikan sosial, pandangan masyarakat bawahan dan perasaan kasih dan cintanya terhadap kampung halaman. Sikap jati diri dan kedesaan Shahnon Ahmad di Banggul Derdap tetap utuh walaupun merantau ke luar negara. Pada masa sama beliau prihatin terhadap persoalan semasa masyarakatnya yang semakin terhakis nilai – nilai kemanusiaan lewat cerpen ‘kalbu’, ‘Perempuan’ dan sebagainya.

Faedah kepada pengkaji
Berdasarkan Jurnal tulisan Mohd Yusof Hasan, ia telah membantu pengkaji dalam menilai dan memahami permikiran yang terdapat dalam novel – novel dan cerpen ciptaan Shahnon Ahmad. Pendedahan dan pembongkaran kegelisahan jiwa yang yang dipaparkan membantu pengkaji memahami makna tersirat disebalik penciptaan karyanya. Masalah kepimpinan, keluarga, agama dan kemiskinan berjaya digarap dengan baik menjadi sebuah karya yang bermutu sebagai santapan minda pembaca.

Tokoh Teater Melayu : Shahrom Husain

SHAHROM HUSAIN ( 1919-2008)

1. LATAR BELAKANG.

Shaharom Husain dilahirkan di Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat pada 11 November 1919 (Shaharom Husain, 1996: 17). Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Melayu Peserai, Batu Pahat hingga Darjah Empat, iaitu dari tahun 1928 – 1934. Kemudian menyambung pendidikan di Darjah Lima di Sekolah Melayu Bagan Tinggi (1935-36). Mulai tahun 1938, Shaharom telah diterima melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC) sehingga tahun 1940.
“Saya mula memasuki Sultan Indris Training College (SITC), bukan daripada Darjah V (darjah tertinggi di sekolah Melayu Johor zaman
itu), dan bukan juga daripada guru pelatih bergaji 22.00 Ringgit
sebulan, tetapi daripada guru bakal pelatih tanpa gaji yang akan
mengajar Darjah IIB, Sekolah Melayu Laki-laki Bandar Tinggi
Batu Pahat.”
(Shaharom Husain,1996: 37)

Walaupun pada peringkat awal keinginannya memasuki SITC demi cita-cita menjadi seorang guru, namun disebabkan ejekan daripada segelintir masyarakat di sekelilingnya terhadap jawatan bakal guru pelatih tanpa gaji telah melemahkan semangat Shaharom untuk meneruskan perjuangan di maktab tersebut. Tetapi tekanan daripada datuknya telah memaksa Shaharom memasuki SITC, namun dengan cita-cita dan semangat untuk menjadi pengarang atau wartawan.
“Saya belajar kuat. Menduduki beberapa kali peperiksaan dan
akhirnya berjaya ke Sultan Idris Training College, Tanjung
Malim. Bukan kerana boleh pakai tali leher dan topi dan tidak
juga kerana beristeri cantik, tetapi sebenarnya, kerana minat dan
cenderung dalam karang-mengarang.”

(Shaharom Husain,1996: 40)

Di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura, Shaharom mengambil kesempatan belajar bahasa Jepun di Sekolah Perempuan Kampung Gelam dan juga Sekolah Kokugo Gakko, Victoria Street selama kira-kira 3 bulan. Seterusnya Shaharom memohon untuk menjadi guru bahasa Jepun dan berjaya. Beliau ditugaskan mengajar bahasa Jepun kepada pegawai, kakitangan dan anak-anak mereka yang bekerja di Jabatan Kolam Air Gunung Pulai dan Batu 22, Ulu Choh, Pontian Johor, di samping menjadi juru bahasa Jepun kepada pegawai dan askar Jepun (Shaharom Husain, 1996:222). Akhirnya, Shaharom diterima pula memasuki Maktab Perguruan Singapura yang dikendalikan oleh Jepun.
Selepas merdeka, Shahrom meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bharu pada tahun 1958. Dalam masa yang sama, Shaharom mengikuti kursus bahasa Inggeris secara pos di sebuah institute di Australia dan berhasil mendapatkan Diploma of Associateship B.R Institute of Career pada tahun 1962 ( Ahmad Kamal Abdullah (peny.), 1993:191). Pada tahun 1969, Shaharom mengikuti kursus pra-universiti secara bertulis dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia di Universitas Nasional Indonesia dan berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1972.
Menyoroti kerjaya Shaharom Husain, beliau telah mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sejak dari tahun 1934. Bidang penulisannya meliputi novel, cerpen dan lenih menonjol dalam penghasilan drama terutama drama sejarah. Shaharom juga merupakan seorang guru. Mengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) dari tahun 1946-51 dan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dari tahun 1952 - 1974. Mulai Februari 1983 hingga Februari 1985 Shaharom dilantik menjadi karyawan tamu di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaharom Husain kembali ke rahmatullah pada 2 Oktober 2008 (2 Syawal 1429H) dalam usia 88 tahun. Beliau pergi dengan meninggalkan sejumlah besar karya-karya sastera bercorak sejarah dan buku sejarah yang tidak ternilai untuk warisan kebudayaan dan kesusasteraan bangsa Melayu.

2. SUMBANGAN SHAHAROM HUSAIN
Shaharom Husain merupakan seorang novelis, sejarawan dan budayawan. Beliau banyak mencurahkan jasanya kepada dunia kesusasteraan dan kebudayaan. Shaharom Husain juga terkenal sebagai seorang tokoh sejarawan. Beliau banyak menghasilkan novel dan drama yang dikategorikan sebagai teks sejarah.
Shaharom Husain telah menghasilkan sebuah drama moden yang bertajuk “Lawyer Dahlan” pada tahun 1941. Drama ini merupakan drama sulung beliau dan drama tersebut masih dianggap sebagai drama ulung Malaysia.

2.1 Mengarang Siri Novel Sejarah
Shaharom Husain mengajar di Maktab Latihan Sultan Idris (SITC) Tanjong Malim mulai tahun 1946 hingga 1951. Semasa mengajar di sini, beliau merupakan penyunting majalah “Cendera Mata” yang meupakan majalah rasmi maktab berkenaan. Beliau juga mengarang novel Sejarah bersiri iaitu 10 Julai 1511, Tun Fatimah, Korban Sungai Muar dan Bermandi Darah di Sungai Johor sebagai pembakar semangat kerana keadaan di politik di Tanah Melayu pada waktu itu agak hebat kerana parti politik Melayu bangkit menentang Malayan Union. Ini kerana masyarakat pada masa itu tidak selesa dengan perjanjian itu kerana kuasa dan kedaulatan raja Melayu diserahkan kepada Kerajaan Inggeris.
Pada tahun 1947, Shaharom Husain telah menghasilkan sebuah novel sejarah yang bertajuk “10 Julai 1511” yang diterbitkan oleh Sentosa Store, Kuala Pilah. Kandungan novel ini ialah tentang kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Mereka tewas bukan hanya kerana ketiadaan perpaduan tetapi juga kerana skandal seks, rasuah, fitnah dan kezaliman. Maksud tersirat yang terdapat dalam novel ini adalah untuk menanamkan semangat kepada pembaca, orang Melayu dan raja agar bekerja keras dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan kerajaan.
Shaharom Husain juga mengarang sebuah novel sejarah yang bertajuk “Tun Fatimah” pada tahun 1948. Shaharom telah menjadikannya sebuah drama sejarah pada tahun 1953 dan dipentaskan di Gapura Sastera di Johor Bahru. Kandungan drama sejarah ini juga adalah tentang kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Karya ini bertemakan kehidupan dan perjuangan dengan menyelitkan kepincangan yang dilakukan oleh pembesar masa lalu supaya dapat dijadikan pengajaran dan panduan masyarakat kini dan akan datang.
Seterusnya, Shaharom Husain menghasilkan novel sejarah yang bertajuk “Korban Sungai Muar”. Novel ini diterbitkan pada tahun 1949 oleh Sentosa Store, Kuala Pilah. Novel ini mengenegahkan perihal kegigihan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Bendahara Tepok (Bendahara Paduka Raja dan Bendahara Lubuk Batu) dan Sultan Ahmad Melaka yang telah mempertahankan Kota Bentayan dan Kota Pagoh di Hulu Muar daripada serangan Portugis. Mereka bermatian-matian berjuang mempertahankan dan menegakkan kembali kebesaran kerajaan Melaka di Muar dengan harapan dapat merampas kembali Kota Melaka daripada tangan Portugis itu. Bagaimana pun, mereka telah gugur di medan peperangan itu.
Shaharom juga menghasilkan sebuah novel sejarah “Bermandi Darah di Sungai Johor”. Novel ini juga diterbitkan oleh Sentosa Store, Kuala Pilah antara tahun 1946 hingga 1951. Novel sejarah ini berkisar tentang pengunduran angkatan Sultan Mahmud Syah, Tun Fatimah (isterinya), pembesar serta hulubalang Melayu Melaka dari Melaka ke Muar (Pagoh), ke Pahang dan seterusnya ke Kampar, Sumatera untuk mendirikan semula kerajaannya yang telah diruntuhkan oleh Portugis pada tahun 1511. Novel ini meminta agar orang Melayu khasnya, tidak mudah berputus asa dalam perjuangan mereka untuk menegakkan kemerdekaan walaupun terpaksa mengharungi berbagai-bagai rintangan.
Pada tahun 1950, Jabatan Persuratan Guru-guru Melayu, Johor telah menerbitkan buku yang bertajuk “Tawarikh Johor” yang dikarang oleh Shaharom Husain. Buku ini dikarang hasil penyelidikan beliau semasa mengajar di SITC. Buku ini memerihalkan sejarah wujudnya negeri dan kerajaan Johor hingga ke zaman pemerintahan Sultan Ibrahim. Buku ini adalah sebagai bacaan tambahan kepada penuntut maktab, guru dan masyarakat umum.
Pada tahun 1940, Shaharom Husain mula menulis drama sejarah yang bertajuk “Keris Laksamana Bentan” yang juga merupakan drama sejarah pertama Shaharom Husain. Drama ini beliau siapkan pada tahun 1941. Drama sejarah ini bersama drama “Lawyer Dahlan” mula dipentaskan di Gunung Pulai mulai tahun 1943. Drama ini bertemakan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pemerintahan. Tokoh penting dalam drama ini ialah Megat Seri Rama atau gelarannya Laksamana Bentan yang terkenal dalam sejarah Melayu Johor pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah Kedua (1685 – 1699). Beliau bersama Bendahara Abdul Jalil, berbakti kepada Sultan Mahmud kerana menegakkan kebesaran dan kewibawaan Kerajaan Melayu Johor. Malangnya, Sultan Mahmud Syah merupakan seorang sultan yang tidak berlaku adil terhadap pembesar dan rakyat jelata. Dalam drama ini juga terdapat kisah isteri Megat Seri Rama yang hamil telah dibunuh dengan perutnya dibelah atas perintah Sultan Mahmud Syah kerana dikatakan telah memakan seulas nangka istana tanpa izin baginda. Drama ini juga telah difilemkan
Shahrom Husain juga menghasilkan sebuah lagi novel sejarah yang bertajuk “Korban Kuala Kubu Karam” yang diterbitkan pada tahun 1955 oleh Sentosa Store, Kuala Pilah. Cerita ini berpusat kepada tragedi yang berlaku pada tahun 1883 iaitu peristiwa Kuala Kubu karam yang mengorbankan beratus malah beribu jiwa, binatang dan binatang belaan. Antara yang terkorban dalam peristiwa ini ialah Cecil Ranking, seorang pegawai Inggeris yang memegang jawatan pemungut hasil dan hakim mahkamah di Ulu Selangor. Peristiwa ini berlaku kerana ampangan di kuala sungai telah pecah akibat air hujan yang sangat deras. Novel “Korban Kuala Kubu Karam” ini telah digubah menjadi drama pada tahun 1965 dan dipentaskan beberapa kali di Johor Bahru. Pada mulanya, drama ini dipentaskan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru dan dilakonkan oleh penuntut Maktab Perguruan Harian, Johor Bahru.
Seterusnya, Shaharom Husain menghasilkan pantomin atau drama sejarah “Tonggak Kerajaan Melayu Johor” yang mengisahkan peristiwa sejarah yang berlaku di Johor pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Peristiwa ini adalah tragedi perebutan kuasa dan alat kebesaran kerajaan Johor antara baginda dengan Raja Kecil dari Siak. Ini merupakan lanjutan daripada drama “Keris Laksamana Bentan”. Drama empat babak ini dikarang oleh Shaharom Husain pada Julai 1957 sempena menyambut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Drama ini dipentaskan di Johor Bahru mulai 8 hingga 10 September 1957, sempena menyambut kemerdekaan. Pementasan drama ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pegawai tinggi kerajaan, ahli majlis mesyuarat, wartawan dari dalam dan luar negeri dan di kalangan keluarga diraja Johor.
Semasa beliau mengajar di Maktab Perguruan Harian Muar pada tahun 1958, Shaharom Husain telah menghasilkan sebuah drama sejarah yang bertajuk “Tun Seri Lanang” sempena Minggu Bahasa Kebangsaan yang dianjurkan oleh maktab itu sendiri. Drama itu dipentaskan di Dewan Sekolah Tinggi Muar dalam Minggu Bahasa Kebangsaan bagi mengutip derma untuk perpustakaan maktab. Pada tahun 1959, drama ini dipentaskan semula oleh penuntut Maktab Perguruan Harian Johor Bahru bagi tujuan mengutip derma bagi Maktab Tengku Ampuan Maryam, Johor Bahru. Drama ini juga telah dibukukan dan diterbitkan beberapa kali oleh Pustaka Melayu Singapura. Penerbitan pertamanya ialah pada bulan Mei 1959. Pada bahagian akhir buku ini, Shaharom Husain memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada Tun Seri Lanang kerana jasa baktinya mengarang dan menyusun kitab, “Sejarah Melayu”. Antara sanjungan Shahrom Husain kepada Tun Seri Lanang adalah seperti sajak di bawah:
Kepada Almarhum Tun Seri Lanang,
Jasa dan dharma baktimu tetap kukenang,
Walaupun telah berabad-abad berselang,
Kau kembali takkan pulang,
Namun bunga karanganmu telah dan akanku petik,
Kusuntung kujulang,
Harum semerbak takkan hilang,
Berzaman…
(Shaharom Husain, 1996: 290)

Shaharom Husain mengarang drama ini dengan tujuan untuk menarik minat penonton dan pembaca agar mengingati dan mempelajari semula segala yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan mengenali Tun Seri Lanang, pujangga dan pengarang agung Melayu itu.
Pada tahun 1958 juga, semasa Shaharom Husain mengajar di Maktab Perguruan Harian Muar, beliau telah membuat penyelidikan sejarah di Parit Raja dan Parit Bakar untuk menghasilkan sebuah novel sejarah yang berjudul “Lembing Awang Pulang Ke Dayang”. Novel ini telah diterbitkan sebanyak empat kali. Kali pertama oleh Penerbit Geliga, Singapura pada tahun 1959, kali kedua diterbitkan oleh Penerbit Annies, Johor Bahru dan kali ketiga telah diterbitkan oleh Pustaka Malaysia, Singapura dan kali keempat diterbitkan oleh Pustaka Nusantara, Melaka. Novel ini mengkritik adat yang diadatkan seperti adat bertunang dan adat menghantar belanja kahwin yang berlebihan hingga memaksa pemuda yang bertunang meninggalkan kampung untuk menampung perbelanjaan yang tinggi. Novel ini telah digubah semula supaya menjadi drama dan dipentaskan di Dewan Victoria, Singapura pada 18 dan 19 April 1961 oleh Badan Kebudayaan dan Seni Tentera Malayan Singapore Base District.
Drama “Si Bongkok Tanjung Puteri” diterbitkan pada tahun 1961 hasil daripada penyelidikan Shaharom Husain terhadap orang-orang tua, tokoh tempatan dan tempat berlakunya cerita itu.
Seterusnya Shaharom Husain menghasilkan buku drama “Harimau Johor” dan diterbitkan pada tahun 1962. Harimau Johor adalah gelaran yang diberikan kepada seorang hulubalang handal yang bernama Nong Mutalib. Ceritanya berkisar di sekitar pantai timur dan selatan Johor pada zaman Temenggong Daing Ibrahim menguasai selatan negeri Johor (1855 hingga 1862), iaitu zaman undang-undang dan pemerintahan British mula merebak ke selatan Tanah Melayu. Drama ini merupakan sambungan drama “Si Bongkok Tanjung Puteri”.
Drama “Wak Cantuk” telah diterbitkan pada tahun 1965. Drama ini adalah berdasarkan kepada kisah benar yang berlaku di Kampung Tembaga, Bali Lane dan Kampung Dendang iaitu di sekitar Masjid Sultan, Singapura. Drama ini menggambarkan tentang akibat kerana membenarkan seseorang yang bukan muhrim (lelaki) tinggal bersama-sama dalam suatu keluarga yang mempunyai anak dara (gadis). Akibat perkara ini, maka timbullah bermacam-macam kerenah kerana masyarakat yang suka menghina orang miskin dan buruk rupanya.
“Balang Mas” merupakan drama empat babak yang dikarang oleh Shaharom Husain 1963. Drama simbolik ini membayangkan pembentukan Malaysia. Watak utama dalam drama ini ialah Maya (Malayu), Juara (Singapura), Jubah (Sabah), Juak (Sarawak) dan Lanai (Brunei). “Balang Mas” ialah lambang kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan. Cik Siti melambangkan permaisuri British (Kerajaan British). Drama ini dipentaskan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada tahun 1963 oleh Badan Kebudayaan Melayu Johor di mana Shaharom Husain merupakan Yang Dipertuanya.
Shaharom Husain juga menghasilkan drama sebabak yang bertajuk “Satria Jaya” yang dikarang pada tahun 1964. Drama ini bertemakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Untuk mencapai kemajuan, masyarakat berbilang kaum saling bekerjasama, tolong-menolong dan hidup aman damai. Mereka juga harus tampil kehadapan untuk memberikan khidmat bakti dan bersama-sama memungut derma bagi kemajuan masyarakat.

2.2 TABLO
Shaharom Husain juga menghasilkan tablo. Tablo “Pemuda Harapan Bangsa dan Pemudi Tiang Negara” dikarang pada awal tahun 1960-an. Tablo ini menceritakan tentang seorang pemuda dan seorang pemudi yang berjiwa kebangsaan dan berpegang teguh kepada agama Islam. Mereka menghadapi pelbagai pengaruh setiap hari seperti pergaulan bebas dan minum arak. Pegangan yang kukuh terhadap agama Islam telah menyebabkan mereka berjaya mengelakkan diri daripada terjebak dalam situasi yang tidak sihat ini.
Tablo “Bulan Bahasa Kebangsaan” dikarang pada awal tahun 1960-an. Tablo ini mempersembahkan soal kempen Bahasa Kebangsaan oleh semua kaum. Kempen ini diadakan melalui syarahan, nyanyian, pembacaan puisi dan lakonan dalam Bahasa Kebangsaan. Tablo ini dipersembahkan oleh pemuda pemudi dan kanak-kanak daripada semua kaum untuk memupuk kebudayaan nasional yang berteraskan kebudayaan Melayu.

2.3 BUKU KAJIAN ILMIAH DAN LATIHAN BAHASA
Shaharom Husain juga mengarang beberapa buah buku ilmiah dan latihan bahasa untuk digunakan oleh para pelajar maktab perguruan dan murid-murid sekolah. Antara buku yang dihasilkan ialah Sejarah Bahasa dan Pustaka Melayu, Memaham dan Meringkaskan Karangan dan Antara Pengarang-pengarang Novel Melayu dan Karyanya.
Buku “Antara Pengarang-pengarang Novel Melayu dan Karyanya” diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1967. Buku ini memaparkan biodata dan hasil karya beberapa orang pengarang novel Melayu yang terkenal seperti Ahmad bin Abdullah (Ahmad Bakhtiar), Harun bin Md. Amin (Harun Aminurrashid), Ishak Hj Mohammad (Pak Sako), Syed Abdullah Hamid Al Idrus dan Abdullah Sidek (Anggerik dan Khadam Melayu). Bagi setiap karya mereka, diterangkan secara ringkas tentang kandungan, tema, watak, aliran cerita dan moralnya.
Buku “Sejarah Bahasa dan Pustaka Melayu” (dua penggal) itu diterbitkan oleh Sinaran Bros., Pulau Pinang pada tahun 1957. Buku itu antara lain menerangkan secara ringkas beberapa orang tokoh bahasa dan sastera Melayu serta karya mereka sejak zaman Tun Seri Lanang, Munsyi Abdullah hinggalah ke zaman Za’ba. Dalam buku itu juga diselitkan dengan beberapa sastera lisan termasuk dongeng rakyat dan nyanyian kanak-kanak dan mentera jampi Melayu. Diselitkan juga hikayat dan sejarah dan pertumbuhan serta perkembangan sastera dari pengaruh Sanskrit, Arab, Daerah, Portugis Belanda dan Inggeris turut diulas.
Buku “Memaham dan Meringkaskan Karangan” yang diterbitkan oleh Sinaran Bros, Pulau Pinang pada tahun 1959 mengandungi karangan daripada beberapa orang pengarang yang berlainan.
“Kajian Novel Hantu Laut” telah diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura (1967) ialah buku latihan yang mengandungi soalan dan jawapannya. Perkara lain yang dibincangkan ialah watak, tema, aliran cerita, simbol kata, moral dan falsafah.
Ketika mengajar kursus Bahasa, Sastera dan Kebudayaan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1966 – 1974), Shaharom Husain telah mengikuti kuliah Bahasa dan Sastera Indonesia di Universiti Nasional, Jakarta di bawah anjuran Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat. Semasa mengikuti kuliah Sarjana Muda Sastera dan dan peringkat Sarjana Kedoktoran itu, Shaharom Husain telah menyiapkan tiga buah manuskrip kajian ilmiah iaitu Analisa Atheis, Kata-kata Majmuk, dan Memperkatakan Novel The Good Earth.
Shaharom Husain juga menghasilkan beberapa buah karangan (rencana pengarang) dalam tiga keluaran buku “Karangan Sejarah Johor” ketika beliau memimpin dan bergiat dalam Badan Kebudayaan Melayu Johor yang ditubuhkan di Istana Bukit Setulang, Johor Bahru dan Persatuan Sejarah Cawangan Negeri Johor. Antara karya lain yang dihasilkan beliau ialah:
1. “Sejarah Simbol Kebesaran Hasil Negeri Johor”, dalam Buku Cendera Mata Hari Keputeraan Sultan Johor, 1965.
2. “Secebis Sejarah Tiga Zaman Raja-Sultan Johor Moden”, dalam Buku Cendera Mata Hari Keputeraan Sultan Johor, 1966.
3. “Sejarah Bendera Johor” dalam Buku Cendera Mata Hari Keputeraan Sultan Johor, 1967.
4. “Di Antara Pejuang-pejuang Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Johor-Riau dan Karyanya”, dalam buku Cendera Mata Hari Keputeraan Sultan Johor, 1967.
5. “Sejarah 120 Tahun Bandar Johor Bahru”, terbitan Majlis Perbandaran Johor Bahru, 1977.
6. “Sejarah Perkembangan Jabatan KastamTanjung Puteri, Johor Bahru”, terbitan Jabatan Kastam Malaysia, Johor Bahru, 1977.
7. “Kesan-kesan Sejarah di Dalam Kawasan Johor Tenggara”, terbitan Kejora, Johor Bahru, 1977.
8. “Lintasan Sejarah Perkapalan dan Pelabuhan Johor Selatan”, terbitan Lembaga Pelabuhan Johor, Johor Bahru, 1977.
9. “Lintasan Sejarah Penyiaran dan Perkembangan Islam di Alam Melayu Serta Peranan Kerajaan-kerajaan Islam Melayu Melaka, Aceh dan Johor”.
10. “Chahaya Johor”, terbitan Annies, Johor Bahru, 1952.
11. “Selamatkan Bendera Johor”, terbitan Harmy, Singapura, 1955.
12. “Kesan dan Aliran Sejarah Tanah Air Kita”, terbitan Tunas, Singapura, Ogos – November 1955.
13. “Johor Mesti Jadi Johor dan Johor Tetap Johor” (keluaran khas sempena menyambut Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor), terbitan Tunas, Singapura, 17 September 1955.
14. “Ahmad Bakhtiar”, terbitan Geliga, Singapura, 1955.
15. “10 Julai 1511”, Hari Yang Tak Patut Dilupakan! Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka”, terbitan Belia, Singapura, 24 Februari 1956.

Pada tahun 1963, ketika beliau mengajar di Pusat Latihan (Guru) Harian, Johor Bahru (1959 – 1967), beliau menulis dalam majalah “Pancha”, terbitan Annies, Johor Bahru, sebuah makalah yang bertajuk “Ahmad Bakhtiar dan Karyanya”. Antara tahun 1964 hingga 1966, Shaharom Husain dengan menggunakan nama pena Dharmaya, telah turut mengkritik buku terbitan Pustaka Melayu, Singapura dalam majalah terbitannya, Medan Sastera. Antara bukunya Mati Bertindih Tulang, Awang dan Dara, Wan Derus, dan Gugur Di Lembah Kinabalu karya Harunaminurrashid, dan buku Kebudayaan Sepintas Lalu karya Mahmud Ahmad.
Makalah Shaharom Husain yang bertajuk “Kebudayaan Kebangsaan” tersiar dalam majalah Medan Sastera, keluaran 12 Jun 1967 dan “Kebudayaan Barat dan Timur Serta Unsur-unsur Pengaruhnya” dalam Medan Sastera keluaran 15 Mei 1968.



2.4 BUKU LAWATAN DAN PENGEMBARAAN
Sebagai seorang guru dan penulis, Shaharom perlu meluaskan pandangan dengan membuat lawatan dan pengembaraan di dalam dan luar negeri. Di samping melawat dan menggembara, beliau juga membuat penyelidikan sejarah dan mengumpul barang/maklumat yang berkaitan dengan palajaran dan pendidikan terutamanya sejarah, bahasa dan persuratan.
1. Tahun 1934, Shaharom Husain dan beberapa orang rakan sedarjahnya (Darjah IV, Sekolah Melayu Pesarai, Batu Pahat) berbasikal membuat lawatan sambil belajar ke Daerah Batu Pahat dan Muar.
2. Tahun 1940, semasa menuntut di SITC, beliau ikut bersama mendaki Bukit Cangkat Asa yang letaknya tidak jauh dari pekan Tanjong Malim. Tujuan utama pendakian ini adalah untuk mengenali jenis batu merah dan kesan sejarah yang terdapat di bukit itu.
3. Akhir tahun 1975, Shaharom dan isterinya menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah. Sementara menunggu masa untuk bertolak ke ke Mesir, beliau mendaki empat buah bukit yang mahsyur dan bersejarah iaitu Bukit Jabal Qubbisy, Jabal Nur, Jabal Thur dan Jabal Rahmah
4. Hujung tahun 1948 hingga awal tahun 1949, Shaharom yang mewakili Pasukan Pengakap Maktab SITC menghadiri Perhimpunan Agung Pengakap (Pan Pacific Scouts Jamboree) di Melbourne, Australia. Shaharom mengabadikan segala pengalamannya dalam empat buah buku: Melihat Australi I dan II yang diterbitkan oleh Sentosa Store, Kuala Pilah pada tahun 1949, Hiburan Di Australia yang diterbitkan pada tahun 1950 oleh Annies Printing Works, Johor Bahru: dan Mutiara Dari Selatan yang diterbitkan oleh Annies Printing Works, Johor Bahru pada tahun 1952.
5. Selepas melawat Australia, Shaharom membuat banyak lawatan ke ke tempat bersejarah hampir di seluruh Tanah Melayu, khususnya negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pengalaman itu dibukakan dalam “Kesan Sejarah Tanah Air”, di samping tersiar dalam akhbar dan majalah serta siaran radio bersiri.
6. Bulan Mei 1975, Shaharom dan beberapa orang rakannya menghadiri “Seminar Sejarah Riau” anjuran Universiti Riau Pekan Baru Sumatera. Hasil daripada lawatan ini, Shaharom Husain bukukan di dalam “Berkunjung Ke Sumatera Tengah dan Barat (Minangkabau) yang diterbitkan pada tahun 1975.
7. Pada akhir 1975, Shaharom dan isterinya mengikut rombongan haji dari Singapura berangkat ke Tanah Suci, Mekah. Sebelum itu, beliau menggembara ke Mesir, Eropah dan Britian. Pengalaman melawat ke Britian telah dibukukan dalam buku yang berjudul “Melancong Ke Britian” dan “Ole-ole Dari England & Scotland” yang diterbitkan pada tahun 1983.


3. KEPENTINGAN SHAHAROM HUSAIN DALAM DUNIA SASTERA
Shaharom Husain merupakan seorang tokoh yang banyak jasa baktinya terhadap bahasa, sastera dan budaya. Shaharom Husain muncul sebagai penulis dan pengarah drama. Dari “Lawyer Dahlan” (1939) hingga “Si Bongkok Tanjung Puteri” (1960), beliau terus menghasilkan drama sehingga tahun 1984. Selepas tahun 1984 ketika usianya kira-kira 65 tahun, Shaharom Husain tidak lagi menulis drama. Ertinya, selama 45 tahun beliau mengabadikan usianya bergiat dalam novel sejarah dan drama sejarah.
Shaharom Husain merupakan pelopor dan pengasas drama moden. Drama ulungnya iaitu “Lawyer Dahlan” yang diterbitkan pada tahun 1939 masih dianggap sebagai drama moden ulung di Malaysia.
Shaharom juga merupakan pelopor drama sejarah. Banyak daripada novel sejarahnya telah diubahsuai dan dipentaskan sebagai drama sejarah seperti yang telah dibincangkan di awal tadi. Antara drama sejarahnya yang popular ialah drama “Si Bongkok Tanjung Puteri” dan “Tun Seri Lanang”.

Kepulangannya ke rahmatullah pada 2 Oktober 2008, merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia kesusasteraan Melayu khususnya dalam bidang novel sejarah dan drama sejarah. Allahyarham telah meninggalkan banyak karya sastera yang akan dijadikan panduan, rujukan dan kenangan kepada kita semua.

Bibliografi:

Ahmad Kamal Abdullah (pnyg). 1993. Jambak 2: Proses Kreatif Pengarang Melayu.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. “Pemikiran dan Idealisme Shaharom Husain”. Dewan Sastera, Julai 2004,
hal____________________

Shaharom Husain. 1996. Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi. Bangi.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://dbp.gov.my